Logo SMK Rantau dicipta sekitar awal
tahun 70an oleh bekas guru SMK Rantau iaitu En. Abdul Wahab
bin Kassim dengan kerjasama beberapa orang bekas pelajar
sekolah ini.
Maksud Simbol-simbol dalam lencana:
1. Lima Bulatan:
Melambangkan lima buah Rumah Sukan sekolah. Lima bulatan
yang saling berhubungan membawa maksud perpaduan antara kaum
serta semangat kerjasama.
2. Obor:
Melambangkan semangat kesukanan dan semangat mengejar
pengetahuan yang terus menyala pada setiap masa.
3.Buku:
Melambangkan pengetahuan dan ketinggian ilmu pengetahuan.
4. Motto 'Ilmu Nilai Negara'
Motto sekolah menerangkan tingginya nilai ilmu bagi sesebuah
negara
5. Warna Biru:
Melambangkan keharmonian dan keindahan suasana.
|